Free songs
Hubungi kami: +6017 901 2322

Pegaga

PEGAGA MERANGSANG PEREDARAN DARAH

Nama Saintifik : Centella

Pegaga adalah tumbuhan herba sukulen, malar hijau, tumbuhan saka yang hidup melata di atas tanah. Bunganya adalah ungu pucat ke merah jambu-merah, dan umbel punya dua hingga ke lima buah. Ia sedikit aromatik, dengan rasa pahit sederhana. Tanaman matang dalam tiga bulan dan seluruh pokok termasuk akar dituai secara manual.

Pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamin A dan Vitamin C. Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan.[perlu rujukan]

Pegaga banyak terjual di pasar terutamanya di pasar tani dan sering dimakan sebagai ulam. Daun pegaga juga boleh dibuat tonik untuk menyihatkan badan dan mengurangkan panas badan.

Di India, pegaga diguna dalam perubatan tradisional sebagai tonik yang dapat menguatkan daya ingatan dan mengubat penyakit nyanyuk. [perlu rujukan] Dalam perubatan tradisional Cina, pegaga digunakan untuk antaranya untuk mengubati selsema, sakit kuning dan penawar untuk keracunan cendawan dan gigitan ular

Antara khasiatnya ialah :

• penawar alahan
• merawat asthma dan sesak nafas
• merawat jangkitan paru-paru
• merawat kegusaran dan kegigilan
• anti kanser
• melawaskan air kencing dan membantu merawat buah pinggang
• penawar batu karang
• penawar kencing berdarah
• penawar ulser
• merangsang peredaran darah
• merawat cirit birit dan gastrik
• menurunkan tekanan darah

Pegaga telah digunakan sejak zaman dahulu kala khususnya dalam sistem perubatan yang mengamalkan kaedah Ayurvedic di India dan kaedah perubatan Cina.

Lebih lagi, pegaga dipercayai mempunyai kelebihan dalam memberi kesan terus kepada masalah tekanan darah rendah dan selalu dirujuk sebagai ubat tradisional untuk mengembalikan keserian wajah dan awet muda.

😍😍😍

*Pegaga Cina

Leave a Reply

Latest Posts

  • Habbatussauda
    Habbatussauda (Nigella Sativa) atau dikenali dengan nama Jintan Hitam...
  • Jarum Emas
    JARUM EMAS MENGEMBALIKAN KECERGASAN LEPAS BERSALIN Nama saintifik :...
  • Pegaga
    PEGAGA MERANGSANG PEREDARAN DARAH Nama Saintifik : Centella Pegaga...

Recent Comments

Address

No.30 Jalan 3/7, Melewar II. 68000 Kuala Lumpur.
Phone: (+60) 17-901 2322
Phone: (+60) 19-378 0525
Email: info@klgi4u.com

Disclaimer

Dea Della adalah jus wanita terbaik produk keluaran KLGI RESOURCES GROUP. Selamat diminum kerana telah menjalani ujian makmal SETSCO di Singapura.