Free songs
Hubungi kami: +6017 901 2322

Jarum Emas

JARUM EMAS MENGEMBALIKAN KECERGASAN LEPAS BERSALIN

Nama saintifik : Striga Asiatica

Jarum mas adalah sejenis rumput yang selalu akan tumbuh diantara rumput biasa dipadang-padang rumput dan ditepi-tepi lebuh raya. jenisnya dibezakan oleh warna bunganya yang selalunya berwarna kuning, merah dan ungu. Jenis berbunga kuning ialah jenis yang paling mudah dijumpai di Malaysia.

Khasiatnya untuk perubatan telah diketahu turun temurun, menurut satu cerita jarum mas mula digunakan untuk mengembalikan kecergasan seleoas bersalin selepas melihat kucing yang baru melahirkan anak selalunya akan mencari dan mengunyah rumput ini. Cara digunakan ialah satu atau dua batang rumput jarum mas yang dikeringkan direbus hingga mendidih dan diminum airnya dua kali sehari. Pastikan tidak terlalu banyak tumbuhan ini dimasukkan kedalam rebusan kerana pengambilan berlebihan boleh menimbulkan kesan sampingan seperti mual dan loya.Selain dari mengembalikan kesihatan rahim dan sistem reproduktif ia juga dapat mengubat penyakit keputihan dan menghilangkan sakit urat dan sengal badan dengan penyediannya yang sama.

Rumput jarum emas amat dijunjungi oleh pakar perubatan tradisional untuk mengembalikan kesihatan dan kecergasan golongan wanita. Ia merupakan penawar yang sering digunakan untuk melancarkan kitaran haid dan mengurangkan senggugut. Sifat anti radangnya membantu wanita yang sudah berumahtangga pulih dengan lebih cepat daripada kesan hubungan kelamin seperti bibir bengkak atau sakit. Kegunaannya yang lain termasuklah melancarkan system penghadaman, melegakan “panas badan” dan menyingkirkan bahan buangan toksid daripada badan yang seterusnya menghilangkan masalah bau badan dan menjamin kulit yang lebih sihat dan anjal.

Leave a Reply

Latest Posts

  • Habbatussauda
    Habbatussauda (Nigella Sativa) atau dikenali dengan nama Jintan Hitam...
  • Jarum Emas
    JARUM EMAS MENGEMBALIKAN KECERGASAN LEPAS BERSALIN Nama saintifik :...
  • Pegaga
    PEGAGA MERANGSANG PEREDARAN DARAH Nama Saintifik : Centella Pegaga...

Recent Comments

Address

No.30 Jalan 3/7, Melewar II. 68000 Kuala Lumpur.
Phone: (+60) 17-901 2322
Phone: (+60) 19-378 0525
Email: info@klgi4u.com

Disclaimer

Dea Della adalah jus wanita terbaik produk keluaran KLGI RESOURCES GROUP. Selamat diminum kerana telah menjalani ujian makmal SETSCO di Singapura.