Free songs
Hubungi kami: +6017 901 2322

Habbatussauda

Habbatussauda (Nigella Sativa) atau dikenali dengan nama Jintan Hitam di Malaysia dan di Indonesia, sangat popular sebagai salah satu ubat tradsional terutama bagi masyarakat Timur Tengah. Ditambah lagi, habbatussauda merupakan salah satu ubat yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW untuk digunakan. Banyak fungsi yang boleh didapatkan dari habbatussauda ini, yang dalam bahasa Arab disebut habbatu barakah, yang bererti “Biji-bijian yang mengandungi rahmat”.

Ibnu Sina dalam karya terbesarnya “The Canon Of Medicine”, menyatakan habbatussauda sebagai ‘menstimulasikan energi di tubuh dan membantu penyembuhan dari kelelahan dan kurang semangat’.

Fungsi penyembuh utama habbatussauda :

1. Kandungan nutrisinya yang lengkapaa; antara kandungannya iaitu protein, karbohidrat, kalsium, zat besi, sodium, potassium, asid amino dan vitamin. Kandungan nutrisi yang lengkap ini dapat membantu menjaga daya tahan tubuh dan menambahkan tenaga. Kandungan asid amino yang tinggi dapat berfungsi dalam penjagaan berat badan (diet).

2. Penguat system kekebalan tubuh; mengandungi karotin yang mampu melumpuhkan radikal bebas penyebab kanser dan penyakit lain yang berhubungan dengan system kekebalan.

3. Anti-histamin; mengandungi crystalline nigellon dan arganine, sebagai penstabil system imunisasi tubuh. Membantu merawat penyakit asma bronchitis, batuk, resdung dan selsema.

4. Mengubati tumor; diperkaya dengan kandungan asid amino yang merupakan komponen aktif merangsang sumsum tulang dan menghasilkan sel-sel normal terhadap virus yang merosak sekaligus mencegah tumor dan kanser.

5. Anti Bakteria; kajian membuktikan minyak habbatussauda paling efektif melawan bacteria. Penyelidikan membuktikan ia dapat merawat gangguan system pencernaan, cirit birit, muntah-muntah, masalah perut, sembelit, cacing dan alahan.

6. Menyembuhkan luka radang; dapat mengubati radang sendi.

7. Menambahkan susu badan. Kombinasi asid lemak dan struktur hormone yang terdapat dalam minyak habbatussauda melancarkan air susu ibu.

8. Meningkatkan Bioaktif Hormon dan menambah kecergasan mental, seksual dan pelbagai aktiviti.

9. Meningkatkan daya ingat (minda) dan konsentrasi.

10. Mengatasi gangguan tidur dan stress.

11. Menghancurkan batu karang, mencegah dan mengubati batu hempedu, gastric dan gout.

1 Comment
  1. Habbatussauda dikatakan juga dengan black seeds.

Leave a Reply

Latest Posts

  • Habbatussauda
    Habbatussauda (Nigella Sativa) atau dikenali dengan nama Jintan Hitam...
  • Jarum Emas
    JARUM EMAS MENGEMBALIKAN KECERGASAN LEPAS BERSALIN Nama saintifik :...
  • Pegaga
    PEGAGA MERANGSANG PEREDARAN DARAH Nama Saintifik : Centella Pegaga...

Recent Comments

Address

No.30 Jalan 3/7, Melewar II. 68000 Kuala Lumpur.
Phone: (+60) 17-901 2322
Phone: (+60) 19-378 0525
Email: info@klgi4u.com

Disclaimer

Dea Della adalah jus wanita terbaik produk keluaran KLGI RESOURCES GROUP. Selamat diminum kerana telah menjalani ujian makmal SETSCO di Singapura.